Monday 9 January 2012

Pesanan Untuk Lelaki :D


Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia.....
Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu..
Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu..
Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya..
Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum ^_^




Tuesday 27 December 2011

Hukum Meninggalkan Solat walaupun diQadha'kan

Fatwa al Imam Syaraf anNawawi (mewakili fiqh Syafi'iy) dalam al_Majmu' Juz 3): 


Sesiapa yg meninggalkan solat tanpa disengajakan (seperti tertidur, pengsan atau terlupa), maka ada kaffarat ke atasnya dgn cara menggantikannya adalah dengan melakukan secepat mungkin(tiada dosa atasnya).Tetapi yang sengaja meninggalkan solat dengan sebab cuai dan malas, maka hatinya telah berdosa besar dan tidak ada kaffarat atasnya (tidak boleh ditebus lagi). Begitu juga mereka yg meninggalkan solat Juma'at tanpa uzur, jika ia mengganti dengan solat Zuhur sekalipun, tidak dapat menggugurkan kewajipan solat Juma'at atasnya. Walaupun begitu orang yg meninggalkan solat fardhu dengan sengaja itu diwajibkan qadha', yang meninggalkan solat Juma'at dengans sengaja wajib mengganti dengan solat Zuhur dan selepas asar itu ia hendaklah disusuli dgn taubat dan istighfar. Inilah pendapat jumhur.









Solat Istikharah - Bagaimana petunjukNya ??

Petunjuk dari Allah kesan dari solat Istikharah meruapakan satu yang sukar untuk kita tahu. Walaubagaimanapun ulama' telah membuat garis panduan berkaitan hal ini. insya Allah saya cuba nukilkan di sini setakat yang saya jumpa mengenainya.

Cara-caranya: 



Al Imam Nawawi menjelaskan syarat utama sebelum solat istikharah ialah minda kita hendaklah benar-benar bebas tanpa sebarang kecenderungan pendapat peribadi. Jika kita telah ada keputusan dan kecenderungan hati, lebih baik kita jangan berdiri melakukan solat istikharah. Maksudnya janganlah kita mengutamakan sesuatu yang sudah berat dalam jiwa kita sebelum solat. Solat hendaklah dilakukan dengan khusu', memilih waktu yang tenang dan sunyi, serta membaca do'a yang makthur yang diajar oleh Nabi saw dalam hadis Jabir dari riwayat Bukhari.

Tanda2 atau petunjuk: 


AnNawawi menyebut lagi petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B.

Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas. Allahu a'alam
 

Friday 23 December 2011

Warna Rambut ? Boleh atau Tidak ?

Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):

Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.

Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).

Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.

Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?

Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).

Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)

Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.

Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musu. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda. (Fathul Bari).

Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan:
"Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan)

Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

Isu Panas Lagi Sensitif ! Hukum Rokok (:

Tembakau hanya muncul pada abad ke 10 Hijriah, maka hukum ke atasnya adalah pelbagai memandangkan maklumat dan kesannya ke atas manusia tidak dapat diketahui dgn pasti. Hukumnya: ada yg mengatakan haram, makruh tahrim, makruh tanzih, atau harus. Pendetailannya tidak perlu di sini, kerana kita terpaksa mengenepikan pendapat-pendapat di masa lalu kerana ulama' di masa itu kekurangan maklumat dan fakta terutama dari sudut sains kesihatan. Kita hanya akan fokuskan kepada pendapat fukaha' abad ini sahaja. 

Antaranya:

1. Syaikh Hasanain Makhluf (mantan Mufti Mesir) yg menetapkan ada dua hukum bergantung kepada faktur mafsadat (mudharat) terhadap seseorang dan keluarganya. Jika merokok mendatangkan mafsadat kesihatan, mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya, maka hukum merokok ke atasnya adalah haram. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafakah keluarga (Fatwa Syar'iyah, Jld 2)

2. Fatwa Kerajaan Arab Saudi: Haram

3. Fatwa Syaltut-mantan rektur AlAzhar yg menyatakan," walaupun merokok tidak menjadikan seseorang itu mabuk (spt kesan khamar) atau rosak akal (spt narkotik), tapi terbukti merokok merugikan dan merusakkan kesihatan perokok dan orang yg berinteraksi dgnnya. Dalam Islam ketentuan hukum halal/haram tidak semestinya diputuskan dgn nas sahaja, ia juga boleh ditentukan oleh kawaid syara'. Maka jelaslah hukum merokok itu dilarang dan tidak disukai oleh agama (Fatawa Islamiah)

4. Fatawa Qaradawi: memilih hukum haram atas alasan dan hujah yg kukuh mengikut kaedah syara' dan diperkuatkan oleh fakta sains perubatan. Oleh kerana haram ini ada banyak jenis dan kategori, alQaradawi lebih memilih hukum haram yg ringan dan ia hendaklah dikuatkuasakan secara tadarruj (beransur-ansur). AlQardhawi (Fatawa Mu'asirat) antara lain memberi beberapa alternatif:
- Haram hukum merokok kepada yang belum mencuba merokok atau perokok baru yang masih belum ketagih
- Makruh kepada yang sudah ketagih tapi masih boleh berhenti jika berusaha
- Harus kepada yang sudah sebati dengan rokok, meninggalkan amalan merokok akan mendatangkan kesan sampingan yang lain seperti lemah badan, sasau dsbnya


5. Fatawa beberapa negeri di Malaysia, antaranya Selangor dan Kedah yg menyatakan haramnya. 


                                         
              DALAM SEBATANG ROKOK !! INSAF2 LAH .. :D





Adakah Suara Wanita Itu Aurat ??

Masalah ini merupakan khilaf ulama', tetapi jumhurul Ulama' lebih kepada menyatakan tidak aurat kerana ia selari dengan prinsip agama Islam sebagai adDin Yusr (agama yang mudah); ini kerana wanita sebagai makhluk sosial seperti lelaki perlu berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, maka jika suara wanita itu aurat, maka sukarlah bagi wanita berkomunikasi. Aurat suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat,'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar universiti juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

            TATAPAN BUATMU YANG BERNAMA WANITA :)


Aurat Lelaki Sesama Lelaki (:

Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat hingga lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat hingga lututnya.

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.